
 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi  reformasi sistem pilihan raya di negara ini, membidas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana  "kedegilan" dan "kegagalan" badan itu untuk membersihkan daftar pemilih.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi  reformasi sistem pilihan raya di negara ini, membidas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana  "kedegilan" dan "kegagalan" badan itu untuk membersihkan daftar pemilih."Kami berpendirian bahawa cadangan (jawatankuasa itu) tidak akan dilaksanakan oleh SPR," kata ahli parlimen Gombak Azmin Ali kepada pemberita di bangunan lobi Parlimen hari ini.
"Daftar pemilih, masih kotor dan tidak bersih," katanya.
Azmin bersama-sama dengan ahli parlime PAS bagi Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan ahli parlimen Rasah Anthony Loke mengadakan sidang akhbar tergempar untuk membidas SPR kerana gagal menangani masalah yang serius dengan daftar pemilih.
Manakala Dewan Pemuda PAS Pusat membidas SPR melalui Lajnah Mobilisasi mengenai pendedahan telah dibuat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.
Menurutnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.
Ujarnya lagi, penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN.Maka, soalnya mengapa petugas-petugas yang mendaftar itu tidak disoal siasat.
Bahkan, katanya jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita.Katanya, pihak PDRM perlu menahan ‘hantu-hantu’ itu kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara.
“Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan.“Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN,” ujarnya.
“Kami memperingatkan SPR dan JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti,” ujarnya.
 
No comments:
Post a Comment