Saturday, July 2, 2011

lucut kerakyatan?

Lucut kerakyatan si penyeleweng wang rakyat atau yang menuntut BERSIH?

Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

Sumber: Laporan Audit Negara

shamsuliskandar.wordpress.com

8 perkara tuntutan BERSIH
1. Bersihkan senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukohkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Mana satu dari tuntutan ini mengancam keselamatan negara yg ditakuti oleh kerajaan?

No comments: