Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka. Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. Namun, kontroversi tersebut selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka. Dalam satu sidang akhbar semalam juga, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam, dan dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat dalam bulan Ramadhan yang suci. "Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk,” terang beliau selepas mendapat penjelasan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor. |
Sunday, July 17, 2011
Melaka ikut macam kedah?
Bila Umno BN nak ikut Kedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment