Wednesday, September 21, 2011

Mat sabu didakwa : Bukti Najib sangat terdesak?

Dakwa Mat Sabu bukti Najib belum berubah | Print |
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ekoran pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam, banyak pihak mula mempertikai sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah Najib yang sebelum ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan beberapa undang-undang mencengkam rakyat yang lain dilihat sebagai perubahan baru kerajaan.

Namun, menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor, sangkaan bahawa kerajaan mahu berubah itu meleset sama sekali apabila mengenakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu.

"Kita masih dapat lihat sikap double standard Najib dalam isu ini. Biarpun di satu ketika mengumumkan memansuhkan undang-undang zalim yang selama ini ditentang rakyat, namun hakikatnya roh kezaliman itu masih hidup dan segar dan masih diamalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Sambil membantah tindakan pendakwaan itu beliau menambah, tindakan kerajaan itu hanya akan menambah kesangsian rakyat terhadap kepimpinan Najib.

"Rakyat mengharapkan sikap terbuka kerajaan untuk berbincang, bertukar pandangan sejarah dan bertolak ansur.

"Bukan mengambil tindakan keras kepada mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat semalam turut menyatakan pendirian mengecam ‘pendakwaan terpilih’ terhadap Timbalan Presiden PAS itu.

Mereka menganggap tindakan itu sebagai bercanggah bercanggah dengan apa diumumkan Datuk Seri Najib untuk mengambil sikap menerima, berbincang dengan baik.

Dalam pertuduhan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam, Mohamad didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Mahkamah membebaskan beliau dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

No comments: