Kerajaan persekutuan yang diterajui BN hari ini dicabar memberikan royalti petroleum kepada kerajaan negeri Kelantan sekiranya ia benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat khususnya orang Melayu di negeri itu, kata Pemuda PAS.
“Isu royalti Kelantan menunjukkan belang sebenar pemimpin Umno dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini.
“Selama ini berdegar-degar suara mereka di seluruh pelusuk dunia kononnya hanya Umno sahaja pejuang bangsa Melayu. Umno adalah tempat berpaut orang Melayu dan Umno sahaja mampu membantu orang Melayu di negara ini.
“Namun demikian, dalam isu royalti minyak di Kelantan, tindakan kerajaan Umno-BN seakan dwi standard terhadap kerajaan negeri Kelantan. Sedangkan rakyat mengetahui bahawa Kelantan diperintah oleh orang Melayu beragama Islam,” ketua penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan media.
Katanya, PAS melihat kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang kononnya Kelantan belum lagi layak mendapat royalti minyak kerana Ordinan Darurat baru sahaja dibatalkan dan perlu menunggu sehingga enam bulan adalah alasan beliau semata-mata.
Menurut beliau jawapan tersebut merupakan alasan terknikal yang diguna bersandarkan kepada undang-undang.
Beza Melayu Kelantan
“Majoriti rakyat di Kelantan pula adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Soalnya, apakah orang Melayu Kelantan berbeza dengan orang Melayu di negeri lain? Adakah orang Melayu Kelantan tidak berhak menikmati kemudahan seperti mana perjuangan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno?” soalnya.
Menurut Riduan tiada usaha serius dilakukan oleh kerajaan pusat bagi membantu rakyat dan Kelantan dalam keadaan mereka mengetahui bahawa rakyat negeri itu ada yang hidup dalam keadaan susah.
“Pemuda PAS hairan bagaimana Umno boleh bermimpi untuk menawan Kelantan dalam keadaan pemimpin mereka menyekat hak yang patut dinikmati oleh rakyat di negeri itu.
“Ini menunjukkan pemimpin Umno sendiri tidak ikhlas membantu rakyat di negeri itu kerana tidak turut sama berjuang memberikan hak kepada Kelantan tanpa mengira siapa pemerintahnya,” katanya lagi.
Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.
Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun, sebaliknya bersetuju memberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.
Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.
Wang ehsan berkenaan kemudiannya disalurkan kepada Umno Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.
No comments:
Post a Comment