Seremban : 17 Jan, PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr.Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.
“Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen pada awal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11.
Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat,” ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.
Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac.
Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.
Thursday, January 19, 2012
Dr. Hatta: PRU 13 pada 11 Mac
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment