Tuesday, January 31, 2012

Rasuah Polis, SPRM kes NFC ; Siapa penipu?

Pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau meminta ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah polis berhubung siasatan salah guna pinjaman mudah kerajaan oleh syarikat projek penternakan lembu itu.

Salleh, dalam laporan New Straits Times hari ini, berkata syarikat itu tidak perlu merasuah polis yang disifatkannya sebagai adil dalam siasatan mereka.

"Kami tidak ada masalah untuk menjawab soalan-soalan mereka ataupun untuk bekerjasama dengan mereka dalam siasatan, (jadi) kita tidak mempunyai sebab untuk merasuah mereka," kata beliau dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

Semalam, PKR mendedahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Shamsubahrin mendakwa Salleh memaksanya untuk merasuah polis supaya skandal NFC ditutup apabila beliau dilantik sebagai penasihat korporat dan perunding.

Bagaimanapun, Salleh berkata Shamsubahrin hanya diupah untuk berurusan dengan pihak media.

"Kami hadapi tuduhan dalam akhbar dan ‘serangan’ dari pembangkang. Untuk sebab itu bahawa Shamsubahrin telah diupah," katanya kepada akhbar berkenaan lagi.

Shamsubahrin didakwa pada 30 Dis tahun lalu dengan menipu Salleh sebanyak RM2 juta dalam yuran perundingan. Beliau ditangkap semula selepas diikat jamin pada 19 Jan lalu dan dikenakan dua lagi tuduhan menipu tambahan Jumaat lalu.

Beliau kini merengkuk di penjara Sungai Buloh setelah tidak dibenarkan diikat jamin oleh polis.

Salleh tegas mendakwa bahawa Shamsubahrin telah menipunya serta menafikan bahawa ahli perniagaan itu dijadikan kambing hitam.

"Beliau tawarkan perkhidmatan beliau, dan kemudian menuntut bayaran dibuat dahulu walaupun belum melaksanakan sebarang tugas kerana perjanjian pelantikan beliau belum disediakan," kata Salleh dalam laporan itu.

"Perjanjian perkhidmatan Shamsubahrin disediakan oleh kakitangan NFC tetapi beliau ditangkap sebelum boleh ditandatanganinya. Jika Shamsubahrin adalah kambing hitam, mengapa dia sentiasa menghantar bil dan menuntut kita membayarnya?"

Sambil berkeras bahawa Shamsubahrin berbohong, Salleh berkata beliau mempunyai SMS untuk membuktikan bahawa ahli perniagaan itu mengenakan tekanan terhadapnya bagi menuntut pembayaran.

Ulasan
1. Siapakah yang menipu? Muhamad Salleh atau Shamsubahrin? Tentu salah seorang penipu
2. Mengapa Shamsubahrin tidak dibenarkan ikat jamin Polis? Sebab ini bukan kes bunuh.
3. Mengapa Shamsubahrin dihalang mengadakan sidang media semalam?
4. Bagaimana pula sebelum ini kenyataan Tim Ketua Polis Negara yang "membersihkan NFC"?
5. Muhamad Salleh dakwa ada bukti ‘sms’ dari Shamsubahrin dan Shamsubahrin juga punyai bukti ‘sms’ dari Muhamad
6. Mengapa sebelum ini ada satu report Polis oleh SPRM berkaitan sogokan oleh NFC?
7. Mungkin juga Shamsubahrin di kambing hitam
8. Tak mungkin Muhamad Salleh pula di kambing hitam
9. Kemungkinan dua-dua cuba menipu Polis, SPRM, Kerajaan dan rakyat adalah tinggi

No comments: