Wednesday, February 1, 2012

Lagi kepala babi depan masjid kini di Masjid Al Hidayah Sentul

Satu lagi kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu. Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayah Sentul, di kawasan parlimennya.

"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayah Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!"

"Kepala babi (rupanya macam babi hutan) dan empat kaki dibungkus dalam plastik dan diletak di luar pagar," tulisnya di Twitter. Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Ulasan
  • ‘Melayu songkok tinggi’ sengaja meniup sentimen benci cina
  • Mahu gambarkan orang Cina biadap dan anti Islam
  • Supaya orang Cina takut untuk buat perubahan dalam pilihanraya
  • Hasut orang Melayu kononnya orang cina ‘sudah melampau’
  • Ugut orang Melayu supaya jangan beri undi kepada DAP salah satu parti dalam Pakatan
  • Semua ini kerja jahat ‘Melayu songkok tinggi’

No comments: