Tuesday, February 7, 2012
Memperingati 3 tahun Kerajaan PR Perak di rampas
Sempena memperingati tahun ke-3 berlakunya rampasan kuasa @ kudeta pada 6 Februari 2009 lalu, pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan himpunan yang aman dan ringkas pagi tadi dibawah Pokok Demokrasi, Taman Istana, Ipoh.
Pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat Perak meluangkan masa bersama-sama orang ramai yang turut serta memperingati hari gelap yang bersejarah itu. Dato Seri Nizar yang mengepalai acara pagi ini begitu bersemangat untuk mengingatkan peristiwa kudeta itu bersama-sama pimpinan Pakatan Perak yang lain.
Biarpun masyarakat Cina menyambut Chap Goh Mei pada hari ini, namun begitu pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang berketurunan Tionghua tetap mengenakan pakaian hitam bagi menggantikan pakaian merah yang sepatutnya mereka pakai demi menyampaikan mesej mengenai demokrasi hitam yang berlaku tiga tahun lalu.
Majlis yang dihadiri hampir kesemua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti oleh ucapan daripada pimpinan PAS, DAP dan PKR.
Diakhir acara, aksi secara simbolik dilakukan apabila belon berwarna hitam bersama sepanduk 'The End of 1 Black Perak' dilepaskan ke udara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment