Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Menurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketua
Wanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang
Dipercayai beliau sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya.
NFC dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail - yang merupakan suami Shahrizat.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Shahrizat kini di pejabat, tetapi tidak mengulas lanjut.
Pemberita, yang mendapat tahu pada saat-saat terakhir, mula bertumpu ke ibupejabat SPRM di Putrajaya pada jam 4 petang. Dua jam kemudian, Shahrizat muncul dan memberi kenyataan ringkas mengenainya.
~MK
No comments:
Post a Comment