Wednesday, February 1, 2012

Tol : Debat Nor Yakcop vs Guan Eng 29 Feb

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai tol.Pengerusi Jawatankuasa penganjur debat itu, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, debat bertajuk “Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?” itu akan diadakan pada 29 Feb ini.

Surat jemputan rasmi untuk berdebat dihantar ke pejabat kedua-dua pemimpin itu hari ini, katanya pada sidang akhbar hari ini.

Syed Mikael berkata penganjur sedia memberi kelonggaran kepada Nor Yaakup yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk mengubah tarikh debat itu jika beliau tidak boleh menyertai pada tarikh yang ditetapkan.

Baru-baru ini, Nor Mohamed dipetik sebagai berkata janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuhraya apabila memenangi pilihanraya 13 adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung beban hutang.

Ulasan

  • Adakah Nor Yakcop berani?
  • Najib pun takut debat dengan Anwar
  • Mungkin Nor Yakcop sama seperti Khairy dan yang sewaktu dengannya

No comments: