Tuesday, March 27, 2012

Dedahkan Segera ADUN yang Terlibat Dalam Kelab Malam

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam diminta mendedahkan nama ADUN dari UMNO yang terlibat dalam kelab malam seperti yang dilaporkan dalam media. Sekiranya beliau berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, bermakna beliau sendiri bersubahat bersama ADUN tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustz Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan. Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

No comments: