Thursday, March 15, 2012

Isteri bekas TPJ PAS Melaka meninggal

PAS Melaka yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Adly Zahary dan barisan kepimpinan PAS Melaka mengucapkan takziah kepada Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli atas pemergian isterinya, Datuk Dr Hjh Rosnah Nyarus ke rahmatullah jam 3.00 pagi tadi akibat penyakit kanser

Allahyarhamah telah dimasukkan ke hospital sejak setahun yang lalu akibat penyakit kanser usus. Beliau yang bertugas sebagai Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan telah mengambil cuti sakit sejak disahkan menghidapi barah.

Staf-staf hospital yang mengenali Allahyarhamah Dr Rosnah telah memenuhi perkarangan rumah beliau. Kehadiran saudara mara dan sahabat handai di rumah Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli sekitar 300 orang untuk memberi penghormatan terakhir.

Dr Hj Abdul Halim B Hj Ramli merupakan bekas calon PAS yang juga seorang doktor telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 dan Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004.

Pada tahun 1999, beliau bertanding di N.24 DUN Serkam menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu Ahmad Bin Hamzah dan pada tahun 2004 pula beliau bertanding menentang calon Barisan Nasional iaitu Datuk Wira Amid Bin Nordin dan kali ini di N.23 DUN Telok Mas.

No comments: