Saturday, March 31, 2012

KEMAS terlibat pertukaran alamat pengundi?

Adakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terlibat dalam proses pertukaran alamat seperti yang berlaku di DUN Ayer Molek? Seorang penduduk, Zawawi Abdul dari Ayer Molek mengadu kepada pihak kami bahawa tempat beliau mengundi telah ditukar tanpa pengetahuan beliau sendiri.

Kejadian ini berlaku setelah beliau meminta anaknya menyemak status tempat mengundi dan mendapati tempat beliau mengundi sebelum ini telah ditukar ke kawasan lain.

Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Ayer Keroh dan pihak SPR memberitahu bahawa beliau telah menukarkan alamatnya. Beliau terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menukarkan alamat dan borang itu juga bukan beliau yang mengisinya dan tandatangan itu juga palsu.

Adakah pihak yang terlibat mendedahkan butiran peribadi ini ada kaiatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara? Bagaimana maklumat seperti ini dimanipulasi oleh pihak SPR sedangkan beliau tidak pernah berbuat untuk pertukaran alamat? Adakah pihak KEMAS dengan kerjasama JPN dan SPR telah bersatu untuk memindahkan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat ke kawasan lain?

Apakah fungsi SPR sebenarnya? Menjadi alamat kepada UMNO atau bebas sebagai sebuah badan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik?

No comments: