Wednesday, April 4, 2012

Jambatan 'mendap' wang rakyat hangus RM 500,000

PAS Kota Melaka kesal dengan tindakan Kerajaan BN yang berterusan membazirkan wang rakyat apabila terpaksa membaik pulih semula jambatan Tambak Bugis di Telok Mas. Kami difahamkan RM 500,000 terpaksa dibelanjakan lagi untuk kerja-kerja baik pulih semula jambatan yang ‘patah’ dan ‘mendap’ walaupun baru beberapa tahun digunakan.

Jambatan ini telah ditutup beberapa kali sejak setahun yang lalu kini ditutup untuk kerja-kerja baikpulih.

Kita mempersoalkan perlaksanaan projek ini adakah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan?

“Berapa banyak lagi wang rakyat perlu dibelanjakan untuk mendapatkan sebuah jambatan”? soal Yang DiPertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad ketika tinjauan semalam.” Kita mempersoalkan kualiti jambatan berharga RM 1.7 juta adakah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JKR? Kini terpaksa membelanjakan RM 500,000 lagi untuk kerja baikpulih.”

“Tinjauan kami beberapa bulan dahulu mendapati jambatan ini ‘mendap’ dan ‘patah’ pada bahagian penyambungan seperti tiada kerja cerucuk dibawahnya. Namun pihak JKR hanya menampal pada bahagian yang mendap sahaja”.

Kami mempersoalkan kualiti jambatan yang dibina 6 tahun dulu ini dibimbangi tidak mengikut ‘spek’ yang ditetapkan. Kebimbangan ialah adakah projek ini mempunyai unsur-unsur rasuah? Siapa Kontraktor yang melaksanakan projek ini dan siapakah pegawai yang mengawasi projek ini dulu. Mungkinkah projek ini ada kaitan dengan ‘dana’ politik?

Penduduk Tambak Bugis dan Balik Bukit terpaksa menghadapi kesukaran dan bimbang keselamatan anak yang melaluinya setiap hari ke sekolah, dan menggesa kerja baikpulih ini dilakukan dengan segera.

No comments: