Sunday, April 8, 2012

‘Pusat Hiburan Dangdut’ di Muara Sg Duyung milik Pengerusi JKK


pengunjung sedang menari
Laluan masuk

Permatang Pasir, Alai ; 9hb April 2012

Siapa sangka dicelah hutan paya bakau ini terdapat sebuah pusat hiburan ‘dangdut’. Realitinya ia benar-benar wujud di Muara Sungai Duyung, Padang Temu, Melaka. Kami dimaklumkan ‘pemiliknya’ ialah Pengerusi JKK Permatang Pasir dan lebih memalukan Pengerusi JKK ini juga merupakan Pengerusi Masjid Permatang Pasir.

Pusat hiburan ini beroperasi seawal jam 8.00 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam. Pengunjung yang majoritinya bangsa Melayu berusia 50an keatas mula memenuhi kawasan hiburan ini seawal dibuka untuk melepaskan ‘gian’ menari mengikut rentak lagu yang diputarkan. Ada pengunjung yang datang dari jauh semata-mata untuk berhibur kerana ia menawarkan hiburan alternatif yang lebih murah berbanding kelab-kelab malam Dangdut di Melaka Raya.

Oleh kerana pemilik pusat ini Pengerusi JKK dan mempunyai ramai kenalan, pelanggan mereka juga terdiri dari Sidang-Sidang Kampung dan Ketua-Ketua Umno Cawangan yang datang dari jauh dan dekat.

Walaupun telah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa dan pernah ditutup namun ia masih lagi beroperasi seperti biasa.

Penduduk kampung dan taman perumahan berhampiran kecewa kerana pihak berkuasa gagal bertindak terhadap pusat hiburan ini walaupun telah beberapa kali melapurkan seolah-olah pihak berkuasa memejamkan mata. Gangguan bunyi seawal jam 8.00 malam mengganggu waktu solat dan belajar anak mereka namun terpaksa bersabar. Bagi anak muda kampung pula merasakan orang-orang tua ini tidak memberikan contoh tauladan yang baik kepada mereka.

Maklumat yang kami terima ada juga pengunjung yang membawa perempuan terdiri dari ‘janda-janda’ untuk berhibur. Lebih malang lagi ada ketikanya pengunjung meneguk minuman keras yang dibawa dan menari seperti dibuai keasyikan.

Tinjauan kami malam tadi, pusat hiburan ini dikunjungi tidak kurang dari 150 orang yang terdiri lelaki dan wanita.

PAS Kota Melaka melahirkan rasa kesal diatas apa yang berlaku seolah-olah pihak berkuasa menutup sebelah mata serta membiarkan pusat hiburan ini beroperasi di kampung tanpa lesen. Walaupun penduduk berdekatan telah beberapa kali melapurkan namun tiada tindakan diambil.

Yang DiPertua PAS Kota Melaka Harun Mohamad dalam sidang media pagi tadi di Pejabat PAS Negeri, Semabok mendesak pihak berkuasa menjalankan tugas mereka tanpa memilih bulu. “Jangan ada dua jenis undang-undang”.

Beliau mempersoalkan mengapa tindakan tidak diambil keatas pusat hibran ini walaupun beberapa kali aduan dibuat oleh penduduk? Pegawai syarak pula gagal memainkan peranan mereka setelah mereka dilantik oleh ahli kariah masjid.

“Benteras kegiatan tidak bermoral ini dan hentikan semua bentuk hiburan yang melalaikan umat Islam”.

Harun juga mendesak YB Datuk Latif, Adun Telok Mas menggugurkan Jawatan Pengerusi Masjid Permatang Pasir kerana pemilik pusat itu telah mencemarkan imej Islam.

Penduduk sudah bosan dan mendesak wakil rakyat Telok Mas serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam bertindak menghentikannya dengan segera.

No comments: