Wednesday, May 9, 2012

Pengarah Unit Amal PAS terima peluru


Ketua Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman mendakwa menerima peluru bersama surat ugutan  yang diposkan ke rumahnya di Melaka lewat petang semalam.

Menurut Johari, beliau menyedari perkara itu apabila balik mengambil anaknya dan tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Bila saya buka, (ada) gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari... PENGKHIANAT'.

"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dalam satu siding media yang dadakan di pejabat PAS Melaka, beliau menuntut satu siasatan menyeluruh diadakan bagi mengenalpasti individu yang mengirim peluru tersebut. Belaiu yakin pengirim tersebut merupakan seorang Melayu walaupun peluru itu dibungkus dengan kertas akhbar bahasa tamil.
Beliua juga menyeru kepada pihak yang menghantar ugutan itu supaya memberhentikan kerja-kerja ini kerana ia bukan budaya di Malaysia.

Juhari berkata, beliau akan bersama pimpinan PAS Melaka akan membuat laporan polis tengahari.

No comments: