Minggu lalu kami paparkan ketakutan
yang sedang menyelubungi Dr Mahathir jika BN gagal mempertahankan kuasa.
Ketakutan ini disebabkan banyak penyelewengan berlaku di zaman beliau menjadi Perdana
Menteri. Berikut senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah
dilakukan oleh Mahathir dan ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau
menjadi Perdana Menteri :
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan
kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup
failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim
Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan
pengamal rasuah yang tersohor.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank
Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas
Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas
kroni-kroni BN
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana
perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan
sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan
pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat
menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut
dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal
BMF.
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang
diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja
Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan
Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah
Mercedes Benz S320.
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor
dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah
dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada
berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah
bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia
merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada
pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para
pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan
alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan
institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang
ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun
1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat
milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail
out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham
ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli
yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan
melalui Dana Harta.
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam
projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana
Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik
kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan
membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana
Harta .
* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan
L&G dan PLUS.
* Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b
milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28
tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis
perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam
perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta
Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989),
al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
* Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni
yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej
Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK
Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes
ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata
tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes
pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi
tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan
setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd
Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia
kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan
ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu
cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek
Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
* Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah
melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan
menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
* Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk
membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
* Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan
dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna
kuasa dan sebagainya;
* Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk
mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman;
dan
* Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi
rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak
istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan
sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah
guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena
belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang
kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.-
~Tun Telanai
No comments:
Post a Comment