Sunday, June 10, 2012

Filem 'Lembu NFC' akan diterbitkan, Rafizi


 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penerbitan filem berkaitan Ketua Wanita Umno dan isu National Feedlot Corporation (NFC)

Dalam ceramah di Kampung Pasir Baru dekat ibu negara semalam, Rafizi dengan nada separa berjenaka mengumumkan akan menerbitkan filem khas itu kerana beliau "bosan bergaduh dengan Shahrizat yang asyik hendak menyelak kain".

"Kita dah bosan tengok Youtube ada gambar Shahrizat dan letak gambar lembu".

"Kita akan buat filem khas ada pelakon jadi Shahrizat, ada pelakon jadi suami Shahrizat Jalil, ada pelakon jadi anak-anak Shahrizat Jalil," katanya.

No comments: