Thursday, June 14, 2012

K'jaan BN mohon luluskan RM 13.7 Bilion lagi


 
Kerajaan BN hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk memohon dana tambahan RM 13.7 Bilion.

Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin untuk bacaan kali pertama dengan jumlah paling besar – RM11.2 bilion – diperuntukkan bagi "perkhidmatan am perbendaharaan".

Peruntukan dengan nama tersebut dipercayai berkaitan dengan perbelanjaan pra-pilihan raya, termasuk peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk setiap MP BN.

Mac lalu, kerajaan membentangkan rang undang-undang untuk mendapatkan tambahan bajet sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan beberapa kementerian dan jabatan bagi perkhidmatan tahun 2011.

Peruntukan tambahan tersebut dijangka akan memberi tekanan kepada defisit belanjawan negara, yang kini berada pada paras RM503.2 bilion pada 2012 – 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

No comments: