Saturday, August 11, 2012

"Jom Shopping Raya" bersama PAS DUN Telok Mas

PAS Dun Telok Mas telah menunaikan tanggungjawab sosial dengan membawa seramai 40 orang anak-anak yatim dan fakir miskin membeli belah sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini. Melalui Program yang diberi nama “ Jom Shopping Raya” bersama PAS DUN Telok Mas” semua anak yatim dan fakir miskin dibawa ber”shopping” di pusat beli belah Mydin pagi Sabtu 11 Ogos. Turut hadir menyertai “Jom Shopping Raya” ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Melaka Sdr Ahmad Saidin, Naib Yang DiPertua PAS Kota Melaka Sdr Kapt Mohamad Jaafar, Setiausaha PAS Kawasan Sdr Ismail dan Muslimat PAS Kota Melaka serta beberapa anggota Unit Amal Kota Melaka.

Program yang julung kali diadakan bagi mambantu meringankan beban keluarga yang terdiri dari anak yatim dan fakir miskin. Sumbangan ini diharap dapat menggembirakan mereka ketika seluruh umat Islam bersiap menyambut Aidil Fitri minggu hadapan. Yang DiPertua PAS Kota Melaka Sdr harun Mohamad ketika ditemui berkata “beliau merasa bertanggungjawab membantu anak-anak yatim serta fakir miskin dan ini merupakan satu tangggungjawab sosial. “Jom Shopping Raya” diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka yang kurang bernasib baik. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada semua penyumbang kewangan dan sahabat-sahabat yang membantu menjayakan program ini. Beliau juga mengharapkan ia akan menjadi program tahunan PAS DUN Telok Mas.”
Bergambar depan pejabat PAS Kota sebelum "shopping raya"
Disambut Pengurus Mydin Cawangan
Mengenakan pakaian
Ok tak??
Ini adik saiz adik...

menunjukan kasut yang dipilih
TYDP & NYDP
mencuba kasut
Mencuba songkok
Saiz besar sangat
NYDP kata beg tangan tak boleh?
Pekerja Mydin turut membantu
Mencari saiz baju
Muslimat turut membantu
Dah dapat saya punya
Saya suka warna ini makcik..
Warna kegemaran saya..
Sabar...satu-satu ye dik..
Anggota Unit Amal turut membantu

No comments: