Sunday, August 19, 2012

Kempen PRU 13 : Tan Sri Khalid lancar Bas Khas


SHAH ALAM -20 Ogos, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

No comments: