Monday, September 24, 2012

Guan Eng : BN belum minta maaf bawa masuk kriket Israel

PETALING JAYA, 25 Sept — Barisan Nasional (BN) masih belum memohon maaf kerana membenarkan kemasukan pasukan kriket Israel pada tahun 1997, oleh itu, tidak perlulah bising soal pemberiaan dana asing, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Ada satu perkara yang kita harus bantah sekeras-kerasnya. Peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu,  iaitu pasukan kriket Israel dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bermain kriket di Kuala Lumpur.
“Ada satu ‘double-standard’ yang sangat serius. Apabila kerajaan persekutuan buat salah, mereka tak akan mengaku bersalah.
“Dibenarkan (pasukan kriket Israel) oleh kerajaan BN, sehingga sekarang mereka masih lagi belum meminta maaf,” kata beliau selepas melacarkan buku tulisan Dr Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi yang bertajuk Why Listen to the Vice Chancellor.
Pada 21 Mac 1997, pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur. Kebenaran diberikan oleh perdana menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas semangat kesukanan.
Media arus perdana sehingga hari ini masih heboh soal pemberian dana asing terutamanya dari spekulator mata wang George Soros, yang dikatakan mendanai Suara Rakyat Malaysia, Southeast Asia Centre for E-Media dan laman portal Malaysiakini.
Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Majlis AIDS Malaysia, yang pernah dipimpin oleh anak kepada Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir, mengakui turut menerima sumbangan daripada George Soros.

No comments: