Wednesday, September 26, 2012

Soalan 'BERSIH' dalam peperiksaan percubaan SPM



Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab berhubung soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan BERSIH 3.0. 

Menurut seorang jurucakap bahagian lembaga peperiksaan kementerian itu, soalan percubaan SPM tidak dibuat oleh kementerian sebaliknya akan dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau pihak sekolah sendiri. 

''Soalan SPM sebenar sahaja yang pihak kementerian buat. Kalau soalan SPM percubaan, sama ada dibuat oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bersama sekolah atau sekolah itu sendiri yang membuat soalan. 

"Jika nak tahu lebih lanjut mengenai soalan (perhimpunan BERSIH 3.0), mungkin boleh tanya kepada pihak jabatan atau sekolah yang berkaitan," katanya.


Komen : Percubaan terdesak pihak tertentu menghasut pelajar untuk menyokong kerajaan dan membenci pembangkang


No comments: