Sunday, October 7, 2012

Ali Rustam raikan majlis kahwin anaknya untuk tetamu VVIP


Datuk Seri Ali Rustam meraikan tetamu VVIP bagi perkahwinan anak lelakinya disebuah Hotel lima bintang di Kuala Lumpur pada malam ahad yang lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, majlis dihadiri 900 orang jemputan tetap glamour dan ceria walaupun tidak seramai majlis jamuan di Melaka yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran 130,000 orang.

Mohd Ali yang memakai baju berwarna merah pulasan, sedondon dengan pakaian isteri dan dua orang anak yang menemaninya di pentas, mengambil masa beberapa minit membacakan nama hadirin dari kalangan orang kenamaan.

Antaranya adalah Sultan Pahang, keluarga diraja Perlis, perdana menteri dan Isteri, timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Minggu lalu pemimpin Pakatan Rakyat Melaka telah melapurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mengenai perbelanjaan mewah Ali Rustam. Antara yang hadir di pejabat SPRM ialah Sdr Shamsul Iskandar, YB Goh Leong San dan Ust Kamarudin Sidek mewakili pimpinan PR Melaka.


Dalam laporan itu PR mempertikaikan majlis kahwin mega anak Ali Rustam yang telah membelanjakan RM 600,000 seperti dilapur berita ‘online’ The Malay Mail. “Itu belum dikira persiapan-persiapan lain” tegas Shamsul Iskandar dalam lapuran tersebut.

Pertikaian juga berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kerajaan menguruskan persiapan tempat, logistik dan sebagainya. Antara keputusan penting ialah “Semua persiapan yang dikendalikan adalah atas budi bicara Jabatan tersebut dan tiada sebarang bil tuntutan kepada YAB Ketua Menteri atau Kerajaan negeri.”

No comments: