Friday, November 2, 2012

Kos selenggaraan dua rumah pemimpin negara boleh mufliskan Malaysia


Apa yang boleh admin katakan berpinau kepala admin melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun?

Kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 buah sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab melalui jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat.

Jawapannya, Jumlah kos selenggara rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2008 sehinggalah 2011 adalah berjumlah RM12,094,707.06. seperti berikut:

Kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di Sri Perdana : RM6,977,401.80
       
Kos selenggara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yaasin) di Sri Satria : RM5,117,305.26.

Perincian kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Kos penyelenggaran Kediaman Sri Perdana :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)
       
        Tahun 2008 – RM1,896,616.80
        Tahun 2009 – RM1,686,616.80
        Tahun 2010 – RM1,520,514.00
        Tahun 2011 – RM1,873,654.20

Kos Penyelenggaran Kediaman Sri Satria :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)

        Tahun 2008 – RM1,129,992.00
        Tahun 2009 – RM1,130,007.26
        Tahun 2010 – RM1,401,502.00
        Tahun 2011 – RM1,455,804.00

NEGARA TIDAK AKAN MUFLIS JIKA BANTU, BELA DAN BERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA RAKYAT... NEGARA AKAN MUFLIS APABILA PEMIMPIN HIDUP BERMEWAH-MEWAH, BOROS DAN SALAH GUNAKAN WANG PEMBAYAR CUKAI.

“SELAMATKAN MALAYSIA BERSIHKAN MALAYSIA”

1 comment:

Unknown said...

Kalau pembangkang jd pm pon akan dok umah ni jugak...dh umah rasmi PERDANA MENTERI MALAYSIA...kalau admin jd pm pon akan dok umah ni...pikirkan balik.... :)