MELAKA: Tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah menganjurkan karnival di sebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8 Disember di Bukit Palah dikecam.
Tindakan Ali Rustam ini suatu tindakan tidak sesuai dan wajar, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melalui blognya adlyzahari.blogspot.com
"Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan di kalangan rakyat, Umno akar umbi pun resah," ujar Adly.
Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah.
"Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam.
"Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatangkan kemenangan kepada Umno Melaka," tambah Adly.
Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 sudah hampir masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini.
"Apakah Ali berhajat rakyat 'bertembung' pada 8 haribulan ini?" soal Adly.
"Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8 haribulan ini, ayuh orang Melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati," tambahnya lagi.
Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8 haribulan ini di Bukit Palah Melaka.
"Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam," katanya.
Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut.

Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka.
Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain.
Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

No comments:
Post a Comment