Anda hanya boleh membeli telefon
pintar 1malaysia pada harga itu!
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.
Rebat telefon untuk tolong syarikat kroni Umno, bukan anak muda

Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500
menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya
mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.
“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.
“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.
Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.
Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.
Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.
“Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.
“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur
Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan
yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia, lapor Malaysiakini.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM
Sumber: pkrl.blogspot.com

No comments:
Post a Comment