Sunday, December 23, 2012

Takkan Dah Tak Ada 'Dalam Senarai' Ali Rustam Mengamuk?


Beberapa perkembangan terkini seakan mengesahkan bahawa ketua menteri Melaka, Ali Rustam tidak akan dilantik semula ke jawatannya sekarang walaupun Umno dijangka kekal berkuasa di negeri itu.

Sumber terbaru mengesahkan Ali akan diletakkan bertanding di parlimen Jasin, secara automatik tidak lagi bergelar "Yang Amat Berhormat" dan kini beberapa nama sudah disenarai pendek bagi menggantikan Ali sebagai orang nombor satu di negeri Hang Tuah itu. 

Tetapi yang tak seronoknya, Ali dikatakan berang apabila dia yang berada dalam 'kem' perdana menteri, Najib Altantuya, diasak mengenai lebihan wang zakat yang didakwa diberi pinjam sebanyak RM13.5 juta kepada sebuah syarikat, Regal Merger Sdn. Bhd.

Buktinya apabila pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari bertanyakan ke manakah wang tersebut disalurkan.
Jawab Ali: "Dia b***l nanti saya saman dia" coret Ali dalam akaun Facebook nya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.
Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan ulang seribu kali lagi".

Setelah balasan Adly, nampaknya sehingga kini Ali terus diam membisu tanpa menjelaskan isu tsebut secara terpeinci, dipercayai bagi mengelakkannya dari terus terheret dalam persoalan itu.

Ali yang merupakan ADUN Bukit Baru menang dalam pilihanraya umum lalu tetapi dengan majoriti yang berkurangan setengah, daripada 5,992 undi pada 2004 kepada hanya 2,708 undi, menunjukkan kedudukannya yang semakin goyang di kubu kuatnya sendiri sejak 1995.

Apakah Ali mengulangi sejarah bekas menteri besar Perak, Ramli Ngah Talib yang cuma dilantik timbalan menteri pengangkutan selepas pilihanraya umum ke-10 pada 1999, dan speker dewan rakyat selepas itu, hanya masa yang akan menentukan.

JALAN PULANG



No comments: