Pesuruhjaya PAS Negeri
Melaka, Adly Zahari mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747.00 yang
dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada
rakyat Palestin dengan segera.
"PAS
Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal
meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada
Palestin".
"Kita
mendesak kerajaan negeri supaya meyerahkan dana tersebut dengan segera,
perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan
khianat" ujar Adly dalam blog peribadinya,
Adly berkata laporan Ketua
Audit Negara mendapati
sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan
Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.
"Namun
laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat
Palestin sehingga April 2011"
"Saya
berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci
terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.
Menurutnya
Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat
Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang
perkara itu.
"Sekiranya
wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"?
soal Adly.
Adly
berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan
orang ramai.
No comments:
Post a Comment