Friday, January 11, 2013

Kenyataan Pakar Ekonomi menambah kerunsingan BN


KUALA LUMPUR, 11 Jan — Kenyataan pakar ekonomi Bank Islam Malaysia telah mengeruhkan keadaan di kalangan pemimpin Umno dan Putrajaya apabila menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) akan menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 2013, menurut sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin  Barisan Nasional (BN) memandang berat kenyataan dan perkiraan Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang menjangkakan PR akan menang tipis dalam PRU akan datang.
Malah, turut difahamkan, pihak pengurusan bank juga mengadakan perjumpaan berkenaan penemuan, yang merupakan sebahagian daripada pembentangan kertas kerja ketika Regional Outlook Forum di Singapura semalam.
Pemegang saham terbesar Bank Islam adalah dana untuk ibadah Haji, yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, yang mana dimiliki kerajaan.
Ketika dihubungi, ahli Parlimen Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut menolak jangkaan Azrul Azwar, malah menggelarnya sebagai spekulasi “mengarut” yang hanya akan memberikan harapan palsu kepada pakatan pembangkang.
Setiausaha BN Sabah itu menambah, bacaan Azrul Azwar tersebut sebagai berat sebelah kerana beliau merupakan ahli PKR Putrajaya.
“Saya hormati semangatnya namun saya fikir beliau harus berpijak di bumi nyata,” kata Abdul Rahman.
Akhbar Singapore Straits Times (ST) hari ini melaporkan, Azrul menjangkakan BN hanya akan menang antara  97 dan 107 daripada 222 kerusi Parlimen — tidak mencukupi untuk membentuk pentadbiran.
Keputusan itu turut bermakna PR hanya akan menang kerusi Parlimen yang goyah, dan jauh daripada majority besar.
Faktor utama yang menjadi jangkaan adalah bangsa dan demografi.
Abdul Rahman, bagaimanapun menjelaskan, laporan dikemukakan Azrul Anwar tidak memetik mana-mana pihak dalam metodologi dan sebab.
“Saya tidak pasti dari mana beliau dapat angka-angka itu,” katanya.
Beliau mengingatkan kemenangan BN dalam lapan pilihan raya kecil dan menegaskan ia akan berterusan dalam pilihan raya ke-13.
“Kami selesa dengan bacaan kami ... Kami percaya kami akan kekal berkuasa dalam kerajaan Persekutuan, bukan itu sahaja, kami akan menambah majoriti,” katanya lagi.
Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindakbalas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.
 ~MI

No comments: