Wednesday, December 15, 2010

Anwar, Salahuddin gempur Melaka esok


Ahmad Danial

MELAKA, 15 Dis: Dua orang pemimpin besar Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka

menggempur negeri 'maju' ini esok, 16 Disember. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar

Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek

bermula jam 9.00 malam.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada

program Hi-Tea di Kampung Bukit

Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata kedua-dua program

ini amat penting kepada rakyat Melaka bagi memberikan maklumat tentang isu terkini

yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Tambahnya, antara isu tersebut ialah Wikileaks, isu zakat dan tanah wakaf negeri

Melaka dan sebagainya.

"Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya

ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam.

"Salahuddin pula akan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Bukit

Pulau di samping menyampaikan ucapan ringkas berkenaan isu semasa,"

kata Cikgu Yusof Wahab yang juga merupakan Penyelia Dun Bukit Baru.

Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Melaka untuk hadir pada kedua-dua program

tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu yang melibatakan

pemimpin Pakatan Rakyat yang digembar-gemburkan media pro Umno kebelakangan ini.


No comments: