Saturday, December 18, 2010

MONORAIL BAKAL TURUTI NASIB EYE ON MELAKA


Tidak habis dengan bukti Melaka negeri maju dengan masalah banjir dan longkang yang tidak sistematik, satu lagi bukti nyata dipaparkan dengan laporan projek monorel yang mungkin bakal menyusul Eye On Malaysia yang sudah ghaib di bumi Melaka.

Projek monorel yang dibangga – banggakan oleh Ali Rustam nampaknya menjadi bukti sahih ’ Melaka Maju ‘; maju kehadapan berbanding negeri – negeri lain dengan projek – projek yang gagal.

Sungguh maju sehinggakan monorel yang baru dilancarkan beberapa jam terus rosak 100 meter daripada Stesen Hang Jebat. Pengendali Menara Taming Sari Sdn Bhd terpaksa menggunakan kren untuk menyelamatkan 20 penumpang yang terperangkap di dalam monorel tersebut.

Dalam temuramah dengan wartawan, Ali Rustam yang kelihatan agak ‘marah’ dengan apa yang berlaku berkata, empat jurutera daripada China sedang cuba untuk memperbaiki masalah yang menimpa monorel tersebut.

Beliau seolah – olah ‘ mengugut ‘ tidak akan membeli lagi monorel daripada negara China untuk fasa yang berikutnya jika masalah ini berterusan.

Monorel tersebut dilaporkan mengalami masalah rim tayar dan skru yang selalu rosak. Selepas Kuala Lumpur, Melaka merupakan negeri pertama yang mempunyai khidmat monorel, yang matlamat utamanya adalah untuk menarik pelancong.

Dikatakan juga monorel tersebut bakal mengatasi masalah kesesakan trafik di Bandar Hilir. Dikhuatiri projek yang bernilai 15.9 juta ringgit ini bakal mengulangi siri kegagalan kerajaan negeri menguruskan wang rakyat.

Soalnya, adakah kerajaan negeri gagal memilih syarikat yang benar – benar berkemampuan untuk melaksanakan projek berjutaan ringgit di Melaka? Kalau benarlah dakwaan ini maka pembaziran yang maha besar telah dilakukan sekali lagi oleh kerajaan UMNO / BN Melaka.

Oleh : Musab Umair

No comments: