Saya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PAS serta Pakatan Rakyat bersedia kemungkinan pilihanraya akan diadakan dalam waktu yang terdekat.
Berikutan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Isnin lepas, pelbagai spekulasi dan kritikan berlaku dalam Umno yang akan menggusarkan PM Najib berikutan beliau dilihat ‘lemah’ oleh sebahgian pemimpin yang beraliran ‘keras’ dalam Umno.
Mereka ini kecewa dengan keputusan Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim yang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat berdepan dalam pilihanraya umum ke 13 ini. Walaupun sebahgian pemimpin Umno melihat keputusan ini akan meningkatkan sokongan rakyat berikutan Najib menampilkan imej bersih Najib yang tidak ‘campur tangan’ dalam urusan Mahkamah.
Oleh itu sebelum timbul kritikan ‘terbuka’ kepada Najib sepertimana berlaku kepada Pak Lah, adalah lebih baik bagi Najib memilih untuk membubarkan Parlimen lebih awal untuk menyelamatkan keadaan. Faktor-faktor lain juga akan mempengaruhi Najib mengumumkan pilihanraya lebih awal.
Walaupun Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib boleh membubarkan Dewan Rakyat pada bila-bila masa.
Bagi kita PAS, biar kita benar-benar bersedia bagi memastikan Pakatan berjaya melangkah ke Putrajaya dan Seri Negeri. Sebelum ini pun pimpinan kita selalu bercakap ‘kita telah besiap sedia menghadapi pilihanraya'.
Oleh itu perkemas dan perkukuhkan seluruh jentera kita terutama Majlis Tindakan Dun dan UPU supaya pilihanraya kali ini kita akan memberi tentangan yang sengit kepada Umno / Barisan Nasional seterusnya mengekalkan Parlimen Kota Melaka, Dun Banda Hilir, Durian Daun dan Kota Laksamana seterusnya merampas Dun Duyung dan Telok Mas dari BN.
Yang DiPertua PAS Kota Melaka
Berita Berkaitan dari Malaysiakini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-13 seawal Mac ini kerana sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu dan pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara berikutan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.
Pilihan raya kali ini akan menyaksikan Umno yang telah memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957 berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar yang menjanjikan pembaharuan besar-besaran.
"Fokus tidak sebegitu banyak ke atas Anwar sekarang tetapi kepada Najib. Beliau mesti terus bergerak dan memastikan Umno tetap setia kepadanya," kata seorang pegawai kanan Umno yang terlibat dalam perbincangan kepimpinan parti dan tidak mahu identitinya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.
"Saya melihat pilihan raya pada Mac, April, sebelum pemilihan Umno. Kegusaran terbesar Najib bukan pilihan raya umum tetapi pemilihan parti Umno kerana ada desakan di kalangan akar umbi Umno bahawa Najib terlalu berlembut ," kata pegawai itu.
Sebuah akhbar bahasa Melayu yang berkait dengan Umno juga melahirkan kebimbangan itu, apabila sehari sebelum mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, mempertikaikan kewajaran polis membenarkan penyokong pembangkang berhimpun di luar mahkamah.
"Lebih baik untuk jadi jahat, budak nakal sering dapat perhatian dan layanan yang baik," katanya. Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib boleh membubarkan Dewan Rakyat tahun ini. (Malaysiakini)

No comments:
Post a Comment