Monday, January 9, 2012

10 Syarikat Bas Henti-Henti Di Melaka Terpaksa Gulung Tikar

10 syarikat bas henti-henti di negeri Melaka di jangka menghentikan perkhidmatannya pada 1 Feb 2012. Penamatan perkhidmatan bas henti-henti terpaksa di lakukan kerana mengalami kerugian.

Penamatan perkhidmatan ini akan menjejaskan 30,000 pengguna perkhidmatan ini Pada ketikaAli Rustam bermegah-megah dengan projek pelancongan di negeri Melaka, bahawasanya dia terlupa akan kebajikan rakyat bawahan. Sehingga mengabaikan perkhidmatan yang penting buat masyarakat bawahan.

Kisah ini menjadikan tamparan hebat buat pentadbiran Ali Rustam dan Najib. Harga tiket kerajaan kawal tapi harga alat ganti, tayar dan lain-lain tidak boleh di kawal oleh kerajaan.. inilah punca kebanyakannya syarikat bas kebelakangan ini bakal gulung tikar kerana terpaksa menanggung kos dan hutang operasi yang terlalu tinggi.

Pas Kota Melaka terkilan dengan penamatan khidmat bas henti-henti ini seperti dilaporkan oleh Akhbar Kosmo semalam. Kita melihat isu ini mesti ditangani segera sebelum semua syarikat bas ini memberhentikan operasi mereka.

"Pemberhentian ini akan menjejaskan ramai pengguna terutama bagi golongan berpendapatan rendah," kata Yang DiPertua nya Harun Mohamad ketika dihubungi sebentar tadi. Kerajaan pimpinan Ali Rustam mesti membincangkan perkara ini secara sirius dan mencari jalan keluar bagaimana syarikat bas ini boleh beroperasi seperti biasa.

"Kalau kerajaan boleh membelanjakan wang yang banyak RM 300,000 bagi membina tugu I Malaysia dan membelanjakan RM 500,000 untuk membina replika jam bunga hanya untuk menyedapkan mata memandang, apakah kerajaan tidak boleh membantu menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat berpendapatan rendah"?

"Bahkan kerajaan Ali Rustam sedia membelanjakan wang sebanyak RM 12.6 juta untuk membina muzium kapal selam di Klebang"ujarnya lagi

"Kerajaan mempunyai banyak pilihan samaada memberi bantuan kewangan ataupun memperluaskan perkhidmatan bas panorama".

"Kegagalan menyediakan perkhidmatan bas ini menggambarkan kemajuan yang dinikmati sebahagian rakyat sahaja dan slogan Melaka negeriku sayang, hanya sayang pada negeri bukan rakyat" katanya.

No comments: