Saturday, February 25, 2012

Lawatan PM patut ditukar kepada lawatan Pengerusi BN

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Paoy Tiong mempertikaikan program rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak ke Melaka semalam kerana ia melibatkan kos yang sangat besar digunakan.

Tambahan pula, kos yang digunakan itu bercampur aduk dengan urusan kerajaan dan parti. Perdana Menteri sepatutnya hadir atas nama sebagai Ketua Kerajaan Malaysia sebaliknya ketika berucap beliau berkempen untuk Barisan Nasional dan banyak jentera kerajaan telah disalah guna.

Disepanjang laluan beliau ke Melaka, kos yang digunakan adalah berjumlah RM580,000 seperti yang dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh. Bagi kos sewaan khemah pula adalah berjumlah RM156,000. Bahan promosi seperti kain rentang pula berjumlah RM249,000 dan bendera Barisan Nasional pula adalah berjumlah RM185,000.

Sepatutnya bendera yang patut diguna jika kedatangan rasmi perdana menteri adalah bendera Malaysia dan negeri Melaka sebaliknya menggunakan bendera Barisan Nasional. Lainlah jika untuk parti digunakan atas nama presiden UMNO.

Kos keseluruhan yang digunakan pada program semalam adalah sekitar RM1.17 juta dan ini tidak termasuk kos penyediaan makanan tengahari, minum petang dan makan malam serta kos perjalanan beliau.

~pasmelaka

No comments: