Saturday, March 24, 2012

Ahli PSC bidas SPR kerana gagal bersih daftar pemilih

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi reformasi sistem pilihan raya di negara ini, membidas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana "kedegilan" dan "kegagalan" badan itu untuk membersihkan daftar pemilih.

"Kami berpendirian bahawa cadangan (jawatankuasa itu) tidak akan dilaksanakan oleh SPR," kata ahli parlimen Gombak Azmin Ali kepada pemberita di bangunan lobi Parlimen hari ini.

"Daftar pemilih, masih kotor dan tidak bersih," katanya.

Azmin bersama-sama dengan ahli parlime PAS bagi Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan ahli parlimen Rasah Anthony Loke mengadakan sidang akhbar tergempar untuk membidas SPR kerana gagal menangani masalah yang serius dengan daftar pemilih.

Manakala Dewan Pemuda PAS Pusat membidas SPR melalui Lajnah Mobilisasi mengenai pendedahan telah dibuat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.


Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah berkata, jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno BN.“Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR.“Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?” ujarnya dalam satu kenyataan.


Sehingga kini, katanya SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu.Pengiktirafan itu, ujarnya dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang dua, tetapi sehingga lebih 60,000 nama.


Menurutnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.


“Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskan jerut di tengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh,” katanya lagi.Tambahnya, terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan itu membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam negara.


“Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal.“Mengapakah tiada agensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini?” soalnya.Ini, ujarnya adalah suatu kesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara.Beliau berkata, sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, ‘hantu-hantu’ itu perlu mempunyai kad pengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua atau berganda.


Ujarnya lagi, penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN.Maka, soalnya mengapa petugas-petugas yang mendaftar itu tidak disoal siasat.

Bahkan, katanya jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita.Katanya, pihak PDRM perlu menahan ‘hantu-hantu’ itu kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara.


Setelah siasatan dibuat, katanya pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaran haram hantu-hantu ini perlu dibuat.

“Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan.“Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihat demokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.Tambahnya, jika tindakan-tindakan itu tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang dianggap hendak membela ‘hantu-hantu’ itu atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah kerana SPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN yang zalim.

“Kami memperingatkan SPR dan JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti,” ujarnya.

No comments: