Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam
mengakui bahawa bangunan Kompleks MAIM dan Hotel MAIM dibina menggunakan duit
zakat. Kalau sebelum ini tidak ada kenyataan dibuat tentang laporan Ketua Audit
Negara yang melaporkan bahawa Bangunan MAIM dibina dengan duit zakat, kini
semuanya jelas dan nyata.
Asnaf yang mana pula digunakan oleh MAIM yang
menghalalkan duit zakat digunakan untuk bina bangunan. Ali Rustam selaku
Pengerusi MAIM mesti menjelaskan hukum sebenar penggunaan duit zakat tersebut,
siapa yang menghalalkan duit zakat itu digunakan untuk membina bangunan.
Lebih menarik lagi Ali Rustam mendakwa bahawa duit
zakat yang digunakan itu akan dibayar semula kepada MAIM. Begitu mudah sekali
mereka menggunakan duit zakat tanpa merujuk kepada hukum Islam. Persoalannya
bolehkah duit zakat diberikan kepada badan tertentu sebagai hutang.
Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian ketika
berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah di Tangga Batu baru-baru ini.
Rakaman ucapan tersebut memang ada dan akan didedahkan tidak lama lagi.
Ada juga yang mendakwa apabila hutang tersebut
dibayar kepada MAIM maka duit itu bukan lagi duit zakat ...........benarkah
begitu.
Umat Islam Melaka mesti menilai dan melakukan
muhasabah terhadap kerajaan negeri Melaka, MAIM dan Pengerusi MAIM yang
sewenang-wenang menggunakan duit zakat untuk kepentingan pihak tertentu
sehingga duit zakat pun diberi pinjam sebagai hutang.
Umat Islam mesti bangkit memperbetulkan segala
kepincangan ini pada PRU 13 nanti dengan menolak Kerajaan BN Melaka pimpinan
Pengerusi MAIM, Ali Rustam.
~Mutaligat
No comments:
Post a Comment