Tuesday, April 24, 2012

Speaker tuduh Pakatan Rakyat menipu


Selepas didakwa terlibat dengan pertukaran alamat mahasiswa, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad menuduh pembangkang menipu pula sedangkan dalam klip video itu jelas menunjukkan bahawa pertukaran itu melibatkan dana kerajaan seperti yang diperkatakan oleh lelaki dalam video yang di dakwa anak seorang ADUN UMNO.

Dalam kenyataan speaker kepada sebuah media, beliau mengatakan tidak timbul penyelewangan dan penipuan seperti yang didakwa pembangkang tetapi mengapa beliau tidak menjawab pertanyaan media adakah itu anak salah seorang ADUN UMNO di Melaka. berikut ialah kenyataan speaker kepada wartawan mengenai pertukaran alamat:

"Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang  didakwa pembangkang semalam" - Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad.

Lagi satu, mengapa pihak tertentu mempergunakan pelajar seperti dalam video yang dapat diakses daripada internet.

Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU - Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh.

Siapa yang tipu siapa? Speaker tipu atau pembnagkang tipu.

~ PAS Melaka Blog

No comments: