KUALA
KRAI: Biar pun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam,
Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi
membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, soal siapa yang berada di depan
Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan
memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.
“Tak
kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang
lebih penting ialah berjuang bagi memastikan pilihan raya di negara ini
benar-benar bersih dan adil,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan
PAS Kuala Krai hari ini. Hadir
sama Pengarah Pillihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS
Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah,
Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan
Zakaria.
Turut
hadir wakil PKR cabang Kuala Krai dan anggota-anggota Dewan Himpunan Penyokong
PAS kawasan berkenaan. Mesyuarat tersebut diadakan di Markaz PAS kawasan di
Sungai Durian.
Sebelum
ini Umno mempertikaikan kehadiran Ambiga sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0
dan dikait dengan pelbagai tomahan nagetif.
Tuan
Guru Abdul Hadi juga berkata, bagi Umno semua perkara dalam kehidupan
harian menjadi halal apabila dilulus lesen oleh kerajaan termasuk
kegiatan perjudian.
Pada
majlis itu juga Presiden PAS memakaikan baju t-shirt bergambar Tok Guru Nik
Abdul Aziz kepada Ketua Penaja PAS Cawangan Sungai Tias, Wan Nor Abdullah, 46
yang menyertai PAS bersama 50 pengikutnya baru-baru ini. Cawangan
Sungai Tias berjaya diwujudkan selepas ahli dan penyokong Umno di kampung
terbabit menyertai PAS beramai-ramai sebelum ini.
Wan
Nor ketika ditemui berkata, sudah sampai masanya beliau dan rakan-rakan kembali
kepada perjuangan sebenar selepas sekian lama bersama dengan Umno. “Pemimpin
Umno hanya datang ketika menjelang musim pilihan raya sahaja dan selepas itu
hilang. Masalah rakyat bukan menjadi keutamaan mereka. Sebab itulah wakil
rakyat Umno jarang tinggal di kawasan pilihan raya.
“Penggal
lalu wakil rakyat yang menang di Dabong tinggal di Tumpat dan datang ke Dabong
hanya sekali sekala ketika mengharapkan undi rakyat menjelang pilihan raya,”
ujarnya. Rakannya
Mohamad Omar, 40 yang kini menjadi setiausaha penaja cawangan Sungai Tias
berkata, beliau begitu terharu kerana sering didatangi wakil rakyat PAS bagi
membantu menyelesaikan setiap masalah yang timbul.
Sementara
itu Arifabillah memberitahu program ziarah yang sering diadakan di Dun
berkenaan dengan mengunjungi rumah-rumah penduduk tanpa mengira parti mana
dapat mendekatkan pemimpin dengan rakyat. “Saya
diberitahu ramai di kalangan penyokong Umno terharu ketika rombongan ziarah
diadakan di rumah mereka,” katanya sambil memberitahu dalam masa terdekat
ini ada lagi ahli Umno akan menyertai PAS termasuk di Kampung Lachang.
~Harakahdaily
No comments:
Post a Comment