Sunday, May 6, 2012

JK Fatwa haram demo : AMK tuntut penjelasan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan jawatankuasa itu hari ini bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang melanggar undang-undang.
Image Detail
Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu menjelaskan kerana keputusan tersebut mungkin dibuat dengan hanya berdasarkan laporan media arus perdana.

 Sedangkan, perhimpunan BERSIH 3.0 – bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil – mempunyai tujuan yang baik, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Kalau kita ambil pendekatan seperti ungkapan yang mengatakan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' dan 'berkata benar walaupun pahit', adalah wajib (sertai perhimpunan).

"Kita mesti ada kebebasan untuk menyatakan pendirian dan pendapat dengan berani walaupun berdepan dengan risiko. Kita akan minta penjelasan daripada majlis fatwa supaya tidak dilihat fatwa ini akan memosong pemikiran orang Islam," katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Shamsul turut menuntu penjelasan terperinci berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengenai penyertaan perhimpunan dan demonstrasi.

Menurut Shamsul lagi, jika diperlukan, beliau sedia mengemukakan maklumat lanjut berhubung perhimpunan BERSIH jawatankuasa majlis fatwa memerlukannya.

Yang Berkaitan

Jawatankuasa itu hari ini memutuskan haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan hura-hura dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.Image Detail 
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Ulasan
1. Salahkah menuntut pilihanraya adil dan bersih?
2. Adakah saluran yang dimaksudkan itu dipedulikan Kerajaan?
3. Adakah penubuhan PSC telah memenuhi tuntutan BERSIH?
4. Apa maksud JK Fatwa mengaitkan BERSIH untuk menggulingkan Kerajaan?

No comments: