Sunday, September 30, 2012

Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..



dikemaskini
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari  wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Semalam Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.

Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.

"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.

"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.

~HD

No comments: