Monday, October 1, 2012

Takrif letrik akan naik dalam tempoh terdekat?


Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Minggu lalu pimpinan Pakatan mempertikaikan Kerajaan mengambil alih dua penjana kuasa bebas dengan harga yang tidak manasabah.

Kos pembelian saham Tanjong tersebut adalah RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula RM2.55 bilion.

Ananda telah membeli semula Tanjong PLC yang memiliki Tanjong Energy daripada pasaran pada September 2010, ketika mana beliau membayar RM8.8 billion untuk keseluruhan kumpulan pada RM21.80 setiap saham. Tanjong Energy menyumbang sekitar 75 peratus kepada pendapatan dan keuntungan kumpulan.

Justeru Tanjong Energy boleh dikatakan dinilaikan pada RM6.6 bilion harga yang dibayar oleh Ananda untuk keseluruhan kumpulan. Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion.

Genting pula mengumumkan bahawa mereka mendapat keuntungan bersih kira-kira RM1.9 bilion daripada penjualan saham mereka kepada 1MDB. Ini merupakan satu keuntungan besar, apatah lagi apabila mengambil kira keuntungan yang dibuat Genting sejak mereka beroperasi pada 1995.

Mastika memiliki dana pemegang saham sebanyak RM422 juta, bermakna pembelian RM2.5 bilion oleh 1MDB mewakili nisbah harga-buku sebanyak 6 kali. Ini adalah lebih tinggi daripada nisbah harga-buku purata saham-saham penjana kuasa di rantau ini.

Malah, lebih murah untuk membina penjana kuasa saiz yang sama baru daripada membeli penjana kuasa milik Genting yang sudah berusia 17 tahun.

Apatah lagi, konsesi generasi pertama IPP akan tamat pada 2016 dan 2017. Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa sebarang perjanjian baru akan lebih kompetitif buat IPP. Tambahan pula, perjanjian pembelian gas antara Genting dan Petronas akan tamat kurang dari tiga tahun lagi.

No comments: