Thursday, October 11, 2012

Dana asing RM 40 juta untuk Umno Sabah??


Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.

Jawapan yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, katanya. 

Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Ulasan
1. Banyaknya Umno Sabah terima duit dari tokoh koporat mana ye??
2. Adakah wang sumbangan ini dari George Soros?
3. Kalau benar duit itu untuk 'tabung' Umno Sabah mengapa perlu dibawa secara seludup??
4. Umno Bn cuba selamatkan Musa Aman?

No comments: