Tuesday, October 30, 2012

Melaka mungkin kutip derma bantu pasukan bola sepak


 
30 Okt. - Melaka mungkin terpaksa membuat kutipan derma bagi melonjakkan kembali pasukan bola sepak negeri itu untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Malaysia, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata langkah itu dilihat dapat menangani masalah kekurangan kewangan Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) sehingga menyebabkan ramai pemain dan jurulatih tidak berminat beraksi dengan skuad Sang Kancil yang kini menghuni saingan Liga FAM.

"Cara terbaik persatuan bola sepak adakan kutipan derma sebanyak 12 kali setahun iaitu sebulan sekali, setiap bulan adakan kempen kutip derma dapatkan sumbangan daripada orang kaya di negeri ini, tanpa kutipan derma mustahil kita dapat kumpul duit yang banyak," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan negeri Melaka 2013 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Melaka tidak mampu menyalur dana yang besar terhadap Mafa kerana perlu mengagih peruntukan bagi pembangunan negeri secara keseluruhan khususnya dalam mengadakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mohd Ali berkata sebanyak RM400,000 disumbangkan kerajaan negeri kepada Mafa pada tahun ini sedangkan persatuan itu memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta setiap tahun bagi membina sebuah pasukan yang mantap.

Justeru katanya Kementerian Belia dan Sukan diharap dapat menjalin kerjasama dengan sektor korporat di ibu negara untuk mendapatkan penajaan bagi membangunkan pasukan bola sepak negeri.

"Mungkin Kementerian Belia dan Sukan boleh tolong carikan syarikat-syarikat korporat kerana di Kuala Lumpur banyak syarikat-syarikat yang besar, kalau kementerian dapat kumpul RM42 juta boleh bagi satu negeri RM3 juta," katanya. 

~Bernama

Komen 

Cari sponsor kenduri kahwin mega anak boleh, tapi untuk membangunkan pasukan bolasepak tak boleh. Untuk kepentingan peribadi boleh tapi untuk kepentingan negeri tak boleh. Apa punya citer ni Ali rustam sampai nak jadi peminta sedekah?

Dulu kutuk rapat bila Kelantan mintak derma buat lebuhraya sedangkan tangungjawab bina lebuhraya bawah bidang kerajaan persekutuan.

Tu ler.. lain kali jangan kutuk.. kan dah terpalit dekat batang hidung sendiri.. dengan Umno, apa pun tak boleh...

No comments: