KUALA LUMPUR, 25 Okt — Ketua strategi PKR,
Rafizi Ramli menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menggesahkan sama ada
sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dilakukan mengikut saluran sah atau tidak
seperti yang ditetapkan dibawah peruntukkan Akta Kawalan Tukaran Wang 1953 dan
Notis Kawalan Tukaran Wang, ECM 4.
Rafizi semasa bercakap kepada wartawan di ibu
kota pagi ini selepas menyerahkan kertas laporan kepada BNM mendakwa jika
penyaluran wang tersebut tidak pernah diisytihar ia bermakna Umno telah
melanggar akta tersebut memandangkan ECM 4 menetapkan setiap pemindahan wang
melebihi RM200,001 perlulah dilaporkan melalui borang khas kepada BNM.
“Kita mahu BNM dedahkan sama ada wang ini
pernah diisytihar atau tidak. Jika tidak ia sama sekali telah melanggar ECM 4
dan ia perlulah disiasat dengan sewajarnya,” kata Rafizi.
Selain itu, Rafizi juga mendakwa BNM mempunyai
asas untuk memulakan siasatan mengikut Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram 2001 memandangkan terdapat keraguan ke atas sumber wang
tersebut.
Malahan Rafizi juga mendakwa tiada mana-mana
pemimpin Umno di Sabah mengetahui mengenai sumbangan wang tersebut serta
terdapat tuduhan mengatakan ia telah dipindahkan ke akaun peribadi seseorang di
Sabah (pemimpin Umno-x) sekaligus mencetus keraguan ke atas transaksi tersebut.
“Tiada pemimpin Umno mengetahui mengenai dana
RM40j ini, malahan terdapat dakwaan mengatakan wang tersebut telah dipindahkan
ke atas akaun peribadi.
“Dibawah Seksyen 16 (3), BNM bertanggungjawab
menyiasat individu-individu disebalik transaksi ini termasuklah si pemegang
akaun (pemimpin-x), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan samaada
kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan,” kata Rafizi lagi.
Disamping itu, Rafizi juga menegaskan walaupun
pemimpin Umno mendakwa tiada bukti fizikal ke atas sumbangan daripada ahli
perniagaan dana Michael Chia serta tidak pernah didakwa kerana menyeludup wang
ia bukan alasan untuk menutup kes tersebut begitu sahaja.
“Walaupun tiada bukti fizikal atau dia (Michael
Chia) tidak pernah didakwa, ia bukan alasan untuk menutup kes begitu sahaja.
“Malahan kenyataan baru-baru ini oleh bekas
ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing jelas
membuktikan keraguan ke atas transaksi wang tersebut dan BNM mempunyai asas
untuk menyiasat,” jelas Rafizi lagi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Aziz di Parlimen memberitahu Dewan bahawa dana berjumlah RM40
juta itu dibawa oleh pengimport balak, Michael Chia di Hong Kong, telah
disiasat akaunnya dan kemudian dibekukan oleh pihak berkuasa anti rasuah.
Ekoran jawapan tersebut, Bumburing dalam kenyataannya
berkata dana itu telah disalurkan kepada akaun peribadi dari seorang pemimpin
Umno, yang dapat diakses oleh ahli keluarga pemimpin tersebut.
Malahan, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul
Rahman Dahlan juga mempertahankan pemberian dana tersebut sambil menyifatkan
perkara tersebut tidak menjadi kesalahan memandangkan Chia tidak pernah didakwa
atau ditangkap kerana menyeludup wang sebelum ini.
~MI
No comments:
Post a Comment