Rasuah
dan tamak haloba adalah salah satu punca kegagalan agenda bangsa Melayu kata
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk’ Syed Ali Alattas.
Rasuah
dan tamak haloba gagalkan agenda bangsa,” kata beliau semasa merasmikan Kongres
Ekonomi Melayu 2012 di PWTC pagi ini.
Selain itu Syed Ali (gambar) yang
juga pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) mengusulkan agar
orang-orang Melayu menjadikan rajin dan bekerja keras sebagai budaya demi untuk
berjaya.
“Untung nasib generasi muda
Melayu pada masa akan datang bergantung kepada pemimpin-pemimpin Melayu pada
masa ini.
“Perpaduan adalah kunci utama
untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa,” katanya.
Beliau mendakwa, orang-orang Melayu pada hari ini hanya mempunyai
sepuluh peratus kawalan terhadap ekonomi dari segi ekuiti, perniagaan dan kedai.
“Saya berani mengatakan tidak ada satu pun kedai di tengah bandar Johor Baru dimiliki oleh Melayu,” katanya.
“Saya berani mengatakan tidak ada satu pun kedai di tengah bandar Johor Baru dimiliki oleh Melayu,” katanya.
Ketua Dewan Perniagaan Melayu itu
juga berkata bahawa program seperti skim UDA (Urban Development Authority) yang
memperuntukkan tanah seluas 1,500 ekar beberapa kilometer dari Johor Bahru
khusus bagi orang Melayu untuk menjalankan perniagaan harus diteruskan.
Usaha-usaha untuk mengangkat
ekonomi masyarakat telah dikelilingi oleh banyak kontroversi kerana
program-program yang telah dilaksanakan seperti kuota kontrak, lesen dan
pekerjaan berasaskan kaum.
Pentadbiran Najib telah memulakan
pembaharuan tindakan afirmatif berdasarkan kaum kepada berasaskan merit dan
kononnya hanya membantu Melayu yang layak.
Pengkritik dasar afirmatif
berasaskan kaum mengatakan bahawa ia terbuka kepada penyalahgunaan dan telah
hanya memberi manfaat terutamanya kepada golongan elit Melayu.
~Malaysiainsider
No comments:
Post a Comment