KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, akan
mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi
menyerahkan memorandum mengenai pendedahan usahawan karpet Deepak Jaikishan
Rewachand jika Putrajaya masih lagi berdiam diri tidak membuat penjelasan.
Mahfuz memberikan tempoh
dua minggu kepada kerajaan untuk tampil menjelaskan pendedahan pengakuan
bersumpah (SD) kedua oleh P. Balasubramaniam dan isu tanah Ketua Wanita Umno
Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
“Saya beri tempoh dua
minggu kepada kerajaan untuk menjelaskan pendedahan dan tuduhan oleh Deepak.
“Jika gagal, saya akan
mengadap dan menyerahkan memorandum kepada Agong pendedahan oleh usahawan
tersebut,” kata Mahfuz dalam satu siding media.
Mahfuz juga memberitahu telah menghantar sepucuk surat permohonan
kepada Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong Datuk Elmi Bin Yusoff untuk mengadap
Tuanku Abdul Halim.
“Saya telah menghantar
satu surat kepada Datuk Elmi untuk memohon mengadap Tuanku,” tambah Mahfuz.
Menurut Mahfuz,
keengganan dan sikap membisu agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melibatkan isu
tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Deepak baru-baru ini
mencetus kontroversi dan mendapat perhatian umum selepas beberapa pendedahan
mengejutkan terutamanya penglibatannya dalam SD kedua Bala mengaitkan kes
pembunuhan model Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Malahan, Deepak juga
menamakan peguam bergelar “Tan Sri” bertanggungjawab menyediakan SD tersebut
yang pada masa sama mempunyai kepentingan dalam SPRM.
Misteri identiti peguam
tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang
pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan
dua anggota elit komando polis didakwa dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya selepas itu, Bala ditemani oleh peguam
Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan
beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat
akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh
peguam lain tanpa persetujuannya.
Deepak turut
menggemparkan negara semasa perhimpunan Umno sedang berlangsung tahun lalu
apabila beliau menuduh Raja Roopiah menipu beliau dalam urusan pembelian tanah.
No comments:
Post a Comment