"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan
menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir di sebalik
pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa
pentadbirannya.
Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.
Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.
Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya
di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus
berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya
secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus
mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan
kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama
mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi
untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah
tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan
segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua
Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan
Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya.
Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya
apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno
dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan
rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan
BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan
tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung!
Kedua, Tun Mahathir mendakwa bahawa tindakkannya memberi
kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah tidak seteruk Tunku Abdul
Rahman Putra yang kononnya telah memberi kerakyatan kepada sejuta penerima yang
tidak layak. Lupakah Tun Mahathir bahawa ketika sejuta kerakyatan yang diberi
suatu ketika dahulu adalah demi membentuk sebuah negara merdeka?
Apakah kesumat yang melanda Tun Mahathir sehingga tergamak
mengungkit pemberian hak sejuta kerakyatan yang dikontra dengan 'hak
keistimewaan orang melayu'? Apakah hari ini Tun Mahathir ingin katakan bahawa
orang cina dan india tidak layak mendapat kerakyatan? Ternyata sentimen
perkauman itu tetap menebal walaupun Tun Mahathir di hujung usia, dan
barangkali ia satu candu untuk Tun Mahathir melupakan salahsiah asal usulnya.
Penghinaan Tun Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri yang Umno
sendiri gelar sebagai Bapa Kemerdekaan dilihat agak keterlaluan. Kekalutan Tun
Mahathir cuba membela diri dengan mensabitkan seseorang yang sudah mati, yang
sudah tentu tidak mampu menjawab tuduhan bagi membela diri adalah sangat tidak
'gentleman'. Tidak cukupkah penghinaan yang Tun Mahathir lakukan kepada Tunku
Abdul Rahman ketika beliau masih hidup?
Ketiga, Tun Mahathir turut mendakwa pemberian kad pengenalan
kepada warga asing itu kononnya mengikut landas undang-undang walaupun ketika
itu secara kebetulan menjelang pilihanraya. Ya, memang secara kebetulan kerana
inilah 'kebetulan' yang dicari bagi menghadapi pilihanraya. Ini satu kebetulan
yang membolehkan kuasa dirampas di Sabah, dan akan menjadi satu lagi
'kebetulan' untuk Umno merampas Selangor pula.
Ketika ini PRU-13 menjelang tiba, dan secara kebetulan negeri
Selangor menjadi sasaran utama untuk dirampas oleh Umno maka secara 'kebetulan'
juga negeri Selangor dipenuhi oleh pendatang asing yang mempunyai kad
pengenalan biru. Perkara ini telah acap kali didedahkan dan sering menjadi
perhatian.
Dari aspek nasional pula, Umno dan Barisan Nasional begitu lemah
dalam survivalnya untuk pertahankan Putrajaya. Secara kebetulan juga, ratusan
ribu pendatang asing telah dipanggil 'interview' secara besar-besaran di
Kompleks Imigresen Precinct 2 Putrajaya di atas nama pemutihan 6P. Projek 6P
ini dilakukan secara terburu-buru demi perlaksanaan sistem biometrik untuk
warga asing. Sistem biometrik ini juga merupakan sistem yang dicadang oleh SPR
sebagai alternatif kepada tuntutan penggunaan dakwat kekal.
Mujurlah sistem biometrik tidak diguna dalam pilihanraya atas
desakan penggunaan dakwat kekal, jika tidak pastinya satu lagi 'kebetulan'
berlaku.
Sesungguhnya insiden kebetulan yang berlaku pada tahun 1990 di
Sabah sepertimana yang disebut oleh Tun Mahathir kini berlaku semula menjelang
PRU-13 dan kali ini ia menjalar ke seluruh negara. Pelbagai 'kebetulan' yang
melampaui keraguan munahsabah, apakah rakyat masih tidak sedar?
Ingatlah, pemberian kad pengenalan kepada warga asing adalah satu
pengkhianatan. Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk
negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar
pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang jauh
lebih 'advance' memiliki syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing
yang belum layak ini diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi
membantu Umno dan BN menang pilihanraya, akhirnya rakyat akan merempat di bumi
sendiri!
Justeru itu, pengakuan Tun Mahathir ini menjadi rujukan terpenting
untuk rakyat bangkit menghumban pemerintah yang menipu pilihanraya khususnya
dalam soal kewarganegaraan segera. Paling penting, pengakuan Tun Mahathir
yang juga bekas 22 tahun Presiden Umno membuktikan, sah sahih muktamad, Umno
sanggup jual negara ini kepada warga asing demi untuk terus kekal berkuasa!
Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan
kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh
tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu
babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing
daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah. Turut akan dipersembahkan
sepanjang jelajah ialah teknik mengenalpasti pendatang asing yang cuba mengundi
dan teknik tangkapan awam yang berkesan.
Ayuh anak muda bersama SAMM, bangkit dan lawan !
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment