Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai mengakui tentang bahaya Lynas dan beliau berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji Lynas dihantar pulang ke Australia.
Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari ‘pasal’ bawa pulang sisa radioaktif ke negaranya. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas.
Sekiranya tidak berbahaya mengapa begitu payah untuk melupuskan sisa tersebut. Tanam sahaja di Kuantan atau di belakang rumah Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang begitu teruja tentang Lynas. Sampai ke saat ini juga kerajaan juga masih was-was dengan Lynas dan operasinya.
“Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi),” kata Menteri Kesihatan kepada News Oriental Daily. Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.
Kalau operasi Lynas tidak berbahaya tentu kerajaan Australia membenarkan Lynas beroperasi disana. Namun begitu kerajaan Australia tak lah sebodoh itu untuk memajukan industri yang tidak selamat untuk rakyat dan alam sekitarnya.
No comments:
Post a Comment